Lufti Ishak merupakan sosok yang
tak perlu diperkenal lagi kepada khalayak umum khususnya masyarakat umum yang
terlibat aktif dalam kasus sastera. Orang kuat DOM ini merupakan antara pengiat
seni yang cemerlamg bintangnya dalam bidang cerpen. Selepas tekun membaca
Masitah dan kemudiannya Rindu Seorang Rafik, inilah koleksi cerpen ketiga yang
benar-benar mampu menggugah minat saya untuk menyelak helaian demi helaian
untuk menghabiskan bacaan.
Benar, Lufti menghidangkan
pembaca dengan cerita luar biasa. Bahasanya yang puisi dan melakonik di susun
dengan penuh santun dan teratur. Bagi saya, bahasa bukan sahaja alat untuk
menulis malah bahasa antara medium penting dalam sesebuah karya. Bahasa yang ‘kering’
kurang memikat saya untuk meneruskan bacaan seperti Kimono Ungu Bersulam Bunga.
Saya tidak ragu-ragu mengatakan wacana Rebecca dalam Kimono Ungu Bersulam Bunga
sungguh baik namun saya kira jika Rebecca mampu ‘belajar’ dari Mawar dan Nisah –
dia juga mampu menulis cerpen dengan lebih baik.
Cerita Malam Pertama
menghidangkan 16 buah cerpen dengan pelbagai latar antaranya yang menarik.
Cerpen-cerpen ini di olah dengan baik oleh Lufti. Dalam cerpen Rahsia misalnya,
Lufti menyindir sikap politikus yang hipokrit dan gila kuasa serta buas nafsu.
Seorang bekas wartawan telah menjumpai sebuah diari milik seorang YB. YB inilah
juga yang menggunakan kuasanya untuk memecat wartawan tersebut kerana menulis
kisah skandalnya. Wartawan ini mendapat berita besar. Manakan tidak, diari
peribadi YB ada bersamanya. Akhirnya, wartawan tersebut di tahan kerana telah ‘membongkar
rahsia-rahsia kerajaan’ dan saya lantas teringat kes seorang wartawan yang telah di
tahan kerana membongkar rahsia kerajaan tidak lama dahulu.
Cerpen Sungai bernada syahdu.
Seorang lelaki yang tinggal dalam kepompong kenangannya bersama isteri dan anak
angkat mereka. Sungai menjadi tempat lelaki ini mengail ikan dan sungai juga
menjadi tempat nyawa isterinya di ragut akibat lemas ketika mencuci pakaian. Saya
kira, nada sayu ini amat meruntun jiwa pembaca sama seperti ketika kita membaca
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman atau Senjakala. Sungai merupakan antara
cerpen yang saya suka. Lufti berjaya melukiskan suasana kampung dengan
berkesan.
Cerita Malam Pertama merupakan
buah tangan Lufti yang harus di baca kerana koleksi cerpen ini lebih baik dari
Tiga Kali Seminggu karya Faisal Tehrani.

0 Pentafsir Lain:
Post a Comment