20100929

Penubuhan Arab Saudi dan Keterlibatan Wahabi

Keadaan Dunia Islam pada awal abad ke 18 amat buruk berikutan krisis akidah dan akhlak serta merosotnya nilai sosial, ekonomi dan politik dalam kalangan masyarakat Islam. Hal ini timbul kerana masyarakat Islam mengabaikan prinsip Islam yang sebenar. Selain itu, wujud juga amalan takliq [mengikut membabi buta] dan kefanatikan mazhab yang berlebih-lebihan. Wilayah Najd, Hijaz dan sekitarnya ketika itu merupakan jajahan empayar Turki Uthmaniyah dan di kuasai oleh Muhammad Ali Pasha yang di lantik oleh khalifah di Turki Uthamniyyah sebagai Gabenor Jeneral untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah di Mesir.

Kemudiannya, kekuasaan dan pengendalian khalifah serta sultan-sultan untuk daerah yang jauh dari pusat menjadi semakin lemah. Di samping itu, terdapat cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri daripada kekuasaan pemerintahan pusat iaitu Turki Uthmaniyah. Hal ini turut di dorong oleh kuasa Barat iaitu British dan Perancis yang mula menyebarkan idea-idea nasionalisme [berjuang untuk merebut kemerdekaan daripada bangsa Turki]. Di tengah-tengah keadaan kacau-bilau tersebut muncullah kebangkitan Islam awal yang di pimpin oleh al-Sheik Muhammad Ibn Abdul Wahab. Beliau cuba mengembalikan Islam kepada kedudukan yang sebenar iaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Gerakan Wahabi memberi sumbangan dalam memperluas jajahan takluk negara Saudi. Perluasan jajahan takluk merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam penubuhan sesebuah kerajaan kerana kekuatan sesebuah kerajaan biasanya di tentukan oleh bilangan kawasan jajahan takluknya. Sebelum Gerakan Wahabi memberikan sumbangan dalam perluasan jajahan takluk, perjanjian hubungan yang erat dan harmoni antara Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dengan Amir Ibnu Saud yang merupakan bapa kepada pengasas Kerajaan Arab Saudi merupakan titik permulaan penyebaran ajaran atau fahaman Wahabi dalam kerajaan Arab Saudi.

Dalam perhubungan yang akrab ini, Ibnu Abdul Wahab pernah menjanjikan bahawa Amir Muhamad akan memperoleh jajahan dan kerajaan yang besar sekiranya baginda membantunya dalam menegakkan ajaran tauhid. Buktinya, sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1765, baginda telah berjaya membawa seluruh wilayah Najd ke bawah penguasaannya walaupun menghadapi pelbagai tentangan akibat sokongannya terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sebenarnya penyokong Amir Muhammad di Najd Tengah tidak berpuas hati dengan ajaran Shaik Muhammad Ibn Abdul Wahab tetapi oleh sebab Amir Muhammad memberi sokongan kepadanya maka mereka turut menentang baginda.

Selepas kemangkatan Amir Muhammad, takhta kerajaan Saudi telah jatuh ke tangan puteranya sendiri iaitu Amir Abdul Aziz [1765-1803]. Sehingga kewafatannya pada tahun 1792, Ibnu Abdul Wahab terus bertindak selaku penasihat kepada Abdul Aziz dalam hal agama, politik, dan ketenteraan. Akhirnya pada 1809, negara Saudi yang pertama wujud. Selepas pembinaan negara Saudi yang pertama, pelbagai masalah penentangan telah berlaku terutamanya penentangan terhadap Gerakan Wahabiyah yang di bawa oleh Kerajaan Saudi pada ketika itu. Akan tetapi, masalah-masalah dan ancaman-ancaman ini berjaya di tumpaskan oleh tentera Wahabi negara Saudi.

Buktinya, pada permulaannya, pengikut Ibnu Abdul Wahab terdiri daripada kaum Badwi yang hanya berminat terhadap keuntungan material khususnya untuk mendapatkan anfal [harta rampasan] daripada mengikut tuntutan rohani. Ramai di antara mereka menarik diri daripada pergerakan Wahabi kerana tidak mendapat apa yang mereka hajati. Bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa Saudi terpaksalah menyampaikan dakwah dengan lebih meluas lagi, selain daripada menentang sesiapa yang meneruskan kekacauan.

Penganti Abdul Aziz iaitu Saud yang Agung turut berhadapan dengan masalah penentangan terutamanya konfliknya dengan Syarif Makkah iaitu Syarif Ghalib yang pada mulanya bercita-cita untuk membebaskan dirinya daripada penguasaan kerajaan pusat Istanbul tetapi akhirnya meminta bantuan ketenteraan daripada Istanbul apabila berhadapan dengan golongan tentera Wahabi. Penguasaan tentera Wahabi ke atas Makkah pada tahun 1803 dan Madinah pada tahun 1804 bagi mengembalikan kemurniaan Islam di kawasan Hijaz juga merupakan suatu sumbangan Gerakan Wahabiyah yang besar.

Para pengikut Wahabi tidak memasuki kota suci Makkah secara kekerasan sebaliknya mereka memasuki kota tersebut setelah mengumumkan keamanan bagi seluruh penghuninya menyebabkan para penghuni Makkah dapat menerima kehadiran mereka dengan baik. Sokongan yang semakin berkurangan ke atas Syarif Ghalib telah menyebabkan beliau terpaksa menerima kedaulatan Kerajaan Saudi pada tahun 1806 dan berjanji untuk mengikut ajaran Islam yang murni. Dengan itu, seluruh Hijaz telah jatuh ke tangan golongan Wahabi. Ibnu Saud dan para penganti menggunakan Islam bagi mengesahkan kedudukan dan dasar mereka dalam menegakkan sistem pemerintahan berdinasti dan dapat di pertahankan kerana mereka menekankan peranan khas sebagai Pengawas Dua Buah Bandar Suci, penaung jemaah haji dan pembela Islam seluruh dunia.

Gerakan Wahabi yang di asaskan oleh Syeikh Muhamad Abdul Wahab sememangnya telah memberi sumbangan dalam penubuhan dan pembinaan Arab Saudi Moden melalui cara penyebaran dakwah. Namun begitu, usaha tersebut tidak akan berjaya sekiranya tiada bantuan daripada Ibnu Saud kerana terdapatnya penentangan terhadap usaha penyebaran dakwahnya yang menekankan konsep Islam yang sepenuhnya dan menghapuskan amalan yang bercanggah dengan Islam. Begitu juga Ibnu Saud yang tidak akan berjaya menyatukan masyarakat Badwi tanpa pengaruh daripada Ibnu Abdul Wahab yang mendapat sokongan daripada seluruh masyarakat Arab.

Kepimpinan awal negara Arab Moden di asaskan oleh Amir Abdul Aziz bin Abdul Rahman al- Saud atau lebih di kenali sebagai Ibnu Saud. Beliau mahu menegakkan kembali negara Saudi dan mahu menyatupadukan bangsa Arab menjadi satu bangsa yang kuat dan merdeka dan mampu memperjuangkan tuntutan Islam. Justeru itu, bagi mengatasi masalah keselamatan dalam negeri, beliau telah memperkenalkan satu sistem yang baik iaitu pembinaan perkampungan al-Ikhwan yang di namakan sebagai Hijrah. Setiap Hijrah di lengkapi ladang pertanian, pusat dakwah, dan rumah kediaman untuk penduduknya. Maka usaha pembinaan kampung ini telah memastikan pengaruh Wahabi tetap tersebar luas dan terjamin kekuatannya.

No comments: